Pemandu mabuk antara pesalah yang bakal dikena bayar pampasan pada mangsa

KiniTV Short 2 days ago

Description

Pesalah yang disabitkan dalam kes kemalangan jalan raya bakal diwajibkan membayar pampasan kepada mangsa atau waris mangsa menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dipersetujui secara dasar oleh Jemaah Menteri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, cadangan itu memastikan pesalah bukan sahaja dikenakan hukuman seperti penjara, denda dan hilang kelayakan memandu, malah turut bertanggungjawab terhadap mangsa. Ia meliputi kesalahan seperti memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, memandu secara melulu serta kesalahan lain yang menyebabkan kemalangan jalan raya.

Sumber video: https://youtu.be/kv1hLGg6kOw