Ismail usaha menghadap Tuanku Muhriz, 'Dulu tuduh pengkhianat', Punca aduan Shuhaily |SEKILAS FAKTA

KiniTV Podcast Yesterday

Description

Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim sedang berusaha mendapatkan tarikh dan waktu sesuai untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi mendapatkan perkenan berhubung tarikh persidangan DUN.

Dalam perkembangan lain, Wan Saiful Wan Jan menempelak Muhyiddin Yassin kerana sebelum ini melabel enam ahli parlimen Bersatu sebagai pengkhianat susulan tindakan mereka menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, namun kini Bersatu pula menandatangani perjanjian CSA dengan kerajaan Madani.

Sementara itu, peguam kepada seorang bekas anggota polis mendedahkan sebab dakwaan serangan fizikal oleh Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dibuat pada 2015 dibangkitkan semula sekarang.


-
Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan:

https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitv

Anda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di:

Spotify: https://mk.my/A1IGfbX

Apple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY