Beschreibung
Hana berlatih membuat silap mata untuk Pertandingan Bakat /"Talent Show" di sekolah kebangsaannya. Dia berusaha untuk menjadi sehebat ahli silap mata Harry Houdini. Ummi dan anak-anak semua kagum melihat Hana membuat silap mata menggunakan kad. Putri bertanya apakah perbezaan silap mata dan sihir. Setelah Ummi menjelaskan perbezaan antara kedua itu, Ummi teringat akan kisah yang sangat hebat dalam sejarah Islam, iaitu tentang tongkat mukjizat Nabi Musa. Ummi kemudian mula bercerita mengenai Nabi Musa dan tongkat mukjizatnya yang digunakan untuk menyampaikan ajaran Allah swt.