Description
Antara Feb 2024 dan Ogos 2025, seorang murid berusia 11 tahun didakwa diserang secara seksual dan berulang kali oleh seorang guru sekolah rendah di Masai, Johor.
Menurut siasatan wartawan Malaysiakini, Nantha Kumar, seorang pegawai polis wanita didakwa bertindak sebagai orang tengah dan tidak mengambil laporan polis pada awalnya.
Dalam episod terbaru podcast Explain Sikit, Nantha berkata guru terbabit dikatakan berjanji akan bertanggungjawab terhadap mangsa apabila dia berusia 18 tahun.
Lebih membimbangkan, guru itu kemudian kembali ke sekolah yang sama dan didakwa melakukan kesalahan terhadap murid tersebut sekali lagi.
Tonton video penuh di https://youtu.be/3gw_we1K2OI
