Description
Bekas Perdana Menteri Najib Razak tertakluk kepada pelbagai syarat dan sekatan ketat, sepanjang menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, termasuk larangan keluar dari premis yang diwartakan serta terlibat dalam sebarang aktiviti politik atau liputan media.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata sekatan itu, merangkumi empat perkara yang dikepilkan bersama-sama Perintah Pengampunan Bersyarat Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 Sept, selain syarat kawalan tambahan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
