Description
Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli hadir ke Bukit Aman pagi ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada Naib Presiden PKR, R Ramanan serta isu mafia korporat.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menegaskan tiada pegawai yang terlepas daripada undang-undang hanya kerana mempunyai prestasi perkhidmatan yang baik, merujuk kepada kes Ketua Pengarah AKPS Mohd Shuhaily.
Sementara itu, Anwar mengingatkan pembangkang bahawa kerajaan Madani yang membantu memulihkan kerjaya Shuhaily.
-
Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan:
https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitv
Anda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di:
Spotify: https://mk.my/A1IGfbX
Apple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY
