Description
Suasana di sekitar kediaman bekas Perdana Menteri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini kekal tenang selepas beliau tiba di kediaman itu kira-kira jam 9.27 malam semalam untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan rumah.
Tinjauan KiniTV di lokasi mendapati hanya beberapa individu dilihat keluar masuk melalui laluan yang dikawal pihak polis, manakala kawalan keselamatan di sekitar kediaman berkenaan turut diperketatkan.
