Description
Keupayaan mengesan barangan terlarang di pintu masuk negara perlu diperkukuh menerusi penggunaan teknologi pengimbas kargo lebih canggih, termasuk sistem yang mampu membezakan jenis bahan sehingga ke peringkat molekul.
Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata teknologi seperti diffraction wajar dipertimbangkan bagi meningkatkan ketepatan pemeriksaan, khususnya dalam membezakan bahan yang mempunyai rupa fizikal hampir sama seperti dadah dan tepung susu.
