Welcome to YTUnity

One free SpiderTaz Network account works across every network site.

Featured creators

Creators on the SpiderTaz Network

Become a creator →

Kampung Melayu Subang 'tenggelam' banjir kali keempat bulan ini!

KiniTV Short Yesterday

Description

Kampung Melayu Subang sekali lagi dilanda banjir hari ini susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi, sekali gus menjadikan kejadian itu kali keempat melanda kawasan berkenaan sepanjang November ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pemantauan dilakukan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong di kawasan berkenaan pada pukul 8.02 pagi tadi.

Menerusi gambar dan video yang beliau kongsikan lebih 10 buah rumah dilihat dinaiki air dan turut melimpah di Jalan Merbau sehingga menyebabkan kesesakan di laluan berkenaan.

Sumber video: https://youtu.be/ah3T5dpuu6U