Description
"You touch, you go." Tapi realitinya? "You touch, you transfer."
Dua tahun selepas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi amaran bahawa tiada kompromi terhadap gangguan seksual di sekolah, adakah janji itu sekadar retorik?
Siasatan Malaysiakini mendedahkan beberapa kes guru yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap murid, tetapi sebaliknya dipindahkan ke sekolah lain. Lebih mengejutkan, ada kes yang disertakan bukti video dan laporan polis, namun masih tiada pertuduhan di mahkamah.
Dalam episod Explain Sikit kali ini, editor Malaysiakini Jimadie Shah Othman bersama wartawan kanan Nantha Kumar menelusuri kes-kes ini dan mendedahkan kelemahan sistem yang sepatutnya melindungi murid, bukan membiarkan mereka terus menjadi mangsa.
Panduan Kini: https://www.malaysiakini.com/news/888465-panduan-kini-adakah-ikrar-you-touch-you-go-kpm-dalam-kes-serangan-seksual-berkesan
----------------------------------------------------------------------------------
🎙️ Explain Sikit, Kini! ialah podcast berbahasa Melayu yang dibawakan oleh wartawan dan editor KiniTV dan Malaysiakini bersama tetamu jemputan, membincangkan isu-isu panas di sebalik tajuk-tajuk berita utama.
Pengacara: Jimadie Shah Othman
Penerbit: Azreen Madzlan
Jurukamera: Phung Yie Wen
Penyunting Visual: Phung Yie Wen
Terbitan: KiniTV
