الوصف
Seorang senator DAP hari ini mempersoalkan keberkesanan sistem kawalan sempadan Malaysia selepas aktivis tanah, Tamim Dahri Abd Razak, berjaya memasuki negara ini.
Dr A Lingeshwaran ketika membahaskan Rang Undang-Undang Jenayah Siber 2026 di Dewan Negara berkata, tiada gunanya memperkukuh undang-undang keselamatan siber sekiranya masih terdapat kelemahan dalam kawalan kemasukan ke negara.
Tamim kini berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan soolam, simbol trisula suci dalam kepercayaan Hindu, di tapak bekas kuil di Langkawi.