Description
Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta semua pihak bersabar mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sambil menegaskan pilihan raya itu akan diadakan sebelum Februari 2028, selaras dengan tempoh penggal pentadbiran kerajaan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata PRU16 boleh berlangsung sama ada sebelum atau selepas sambutan Hari Kebangsaan tahun depan, namun tidak akan melangkaui Februari 2028.
Sumber video: https://youtu.be/BREdf1KE3z0
