Description
Bekas Perdana Menteri Najib Razak, tiba di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada jam 9.27 malam bagi memulakan pelaksanaan hukuman tahanan di rumah.
Kenderaan yang membawa Najib tiba dengan kawalan ketat, diiringi konvoi kenderaan rasmi Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, selepas bergerak dari Penjara Kajang susulan penyelesaian proses dokumentasi pelepasannya pada petang tadi.
Perkembangan itu menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang Selasa yang membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda bertarikh 6 November lalu dan menggantikannya dengan perintah bersyarat.
