Siti Nurhaliza ft Ciang Teng - Rindu Di Antara Kita (Official Lyric Video)

SuriaRecords (SRC) Video Score 55

Descrição

SUBSCRIBE → http://www.youtube.com/@suriarecordssrc17

“Siti Nurhaliza” atau lebih di kenali sebagai “Siti Nurhaliza II” ialah album studio eponim kedua Siti Nurhaliza, selepas yang satu lagi pada tahun sebelumnya. Album ini dikeluarkan pada 27 Januari 1997, telah terjual melebihi 350,000 unit.

Tiga single utama album ini, “Aku Cinta Padamu”, “Wajah Kekasih” dan “Bisikan Asmara” menjadi taruhan Siti dan mendapat tempat di stesen radio. Single pertama album ini, “Aku Cinta Padamu” tercalon dalam kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1997 dan dua kategori (Persembahan Terbaik dan Juara Kategori Balada) di Anugerah Juara Lagu ke-5.

Buat pertama kalinya dalam kerjaya beliau sebagai penyanyi, Siti menulis lirik untuk lagu “Demi Kasih Kita”. Album ini juga dilancarkan tujuh bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997.

Sepertimana album “Siti Nurhaliza I”, album ini juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza. Album “Siti Nurhaliza II” dikeluarkan dalam bentuk fizikal (cakera padat dan kaset) pada hari pertama pelancarannya dan kemudiannya dikeluarkan format digital (muat turun digital) pada tahun 2013. Pada tahun 2017, album ini dicetak dalam bentuk piring hitam (LP).


Trivia tentang "Rindu Di Antara Kita"

1. Lagu dwi-bahasa ini merupakan lagu kedua dan terakhir di dalam album ini yang menyaksikan gandiangan komposer hebat Adnan Abu Hassan bersama regu berbisa beliau penulis lirik Hani MJ.

2. Merupakan satu-satunya single dan cubaan pertama Siti Nurhaliza yang menampilkan nyanyian di dalam Bahasa Mandarin, lirik lagu ini juga mendapat bantuan dari pasangan duet beliau Ciang Teng sendiri.

3. Lagu ini juga menyaksikan buat pertama kalinya selepas lagu "Mawarku" bersama kumpulan 2By2 Siti sekali lagi berganding dengan penyanyi lelaki.

4. "Rindu Di Antara Kita" merupakan single kelima dan yang terakhir buat album ini.