MOONDROP AKAN KELUARKAN EARBUDS EDISI HATSUNE MIKU!

eGG Network Short 5 days ago

Description

Kolaborasi yang paling comel tahun ini sudah tiba! Syarikat audio China, Moondrop, telah mengumumkan kolaborasi rasmi bersama Crypton Future Media untuk menghasilkan earbuds tanpa wayar bertema Hatsune Miku.

Earbuds ini dilengkapi dengan pemacu audio dinamik bersaiz 10mm, ANC, dan menyokong sambungan Bluetooth 6.0, serta mod gaming low-latency menjadikannya pilihan menarik bukan sahaja untuk peminat Miku tetapi juga para gamer.

Dari segi reka bentuk, earbuds ini menggambarkan semula reka bentuk klasik Miku V3 dengan palet warna teal ikoniknya dan branding "01", termasuk siluet kecil Miku pada earbud sebelah kanan. Tapi bahagian paling best? Kes pengisian berbentuk daun bawang, merujuk terus kepada meme ikonik yang telah Earbuds ini dijual pada harga 239 yuan atau lebih kurang RM150, dan buat masa ini hanya tersedia di China melalui platform JD.com. Tiada pengumuman pelancaran antarabangsa setakat ini.

Harap-harap Moondrop pertimbangkan pelancaran global nanti!

Source: GamesRadar
#eGGNetwork #everygoodgame #Tech #TechNews #Moondrop #HatsuneMiku #Earbuds #Vocaloid