Description
Ferrari akhirnya rasmi memperkenalkan Ferrari Luce, kereta fully electric pertama dalam sejarah syarikat ikonik ini dan hasilnya jauh berbeza daripada apa yang ramai jangkakan.
Berbeza dengan supercar EV lain yang kekal dengan rekabentuk mid-engined, Ferrari memilih pendekatan lebih berani: kereta lima tempat duduk dengan hatchback, direka bersama firma reka bentuk LoveFrom pimpinan Sir Jony Ive, bekas ketua reka bentuk Apple yang bertanggungjawab di sebalik reka bentuk Dari segi spesifikasi, Luce guna empat motor elektrik (satu pada setiap roda), menghasilkan 1,035 kuasa kuda, boleh capai 0-100km/j dalam 2.5 saat, dengan kelajuan tertinggi 309km/j dan jarak perjalanan sehingga 330 batu (lebih kurang 531km) sekali cas penuh.
Batttery pack bersaiz 122kWh dengan seni bina 800V, dan berat keseluruhan 2,260kg prestasi memang boleh dibanggakan untuk sebuah EV 5 meter panjang. Reka bentuk interiornya turut memukau dashboard diperbuat daripada sekeping aluminium pepejal yang dimesin (bukan ditekan), skrin OLED yang bertukar warna mengikut mod pemanduan, dan sistem audio 21 pembesar suara dengan output 3,000 watt.
Ferrari turut menggunakan 75% aluminium kitar semula untuk casis dan badan kenderaan, membuktikan komitmen mereka terhadap kelestarian tanpa mengorbankan prestasi.
CEO Ferrari, Benedetto Vigna, berkata Luce adalah hasil lebih 60 paten baru dan menjadi nadi kepada ekosistem kolaborasi teknologi terkini Ferrari.
Source: Top Gear — Ferrari Luce First Look
#eGGNetwork #Ferrari #FerrariLuce #ElectricCar #EV #TechNews #Automotive