Description
Selepas baru sahaja menamatkan musim kedua, berita mengenai Dorohedoro Season 3 juga diumumkan secara rasmi.
Pengumuman itu dibuat sejurus selepas episod terakhir musim kedua ditayangkan, tetapi buat masa kini, masih belum ada tarikh tayangan rasmi didedahkan.
Untuk yang belum tahu, Dorohedoro mengikuti kisah Caiman, lelaki berkepala reptilia yang hilang ingatan dan sedang memburu ahli sihir misteri yang mengubah hidupnya. Bersama Nikaido, mereka mengharungi dunia suram penuh darah, humor pelik dan watak-watak yang rasa macam datang dari mimpi ngeri.
Source: @dorohedoro_PR
#eGGNetwork #everygoodgame #anime #animenews #dorohedoro #dorohedoros3