Animasi Gacha Lucy Akhirnya Dikeluarkan

eGG Network Short Score 53

Description

Lucy akhirnya membuat kemunculan dalam animasi gacha rasmi kolaborasi Wuthering Waves x Cyberpunk: Edgerunners.

|Walaupun acara kolaborasi penuh hanya akan bermula pada 8 Jun menerusi kemas kini Versi 3.4, peminat kini sudah boleh melihat bagaimana Lucy bakal tampil sebagai Resonator kolaborasi.
Watak kegemaran ramai dari anime Cyberpunk: Edgerunners ini hadir dengan gaya futuristik ikonik, lengkap dengan animasi yang menonjolkan kemahiran Netrunner miliknya.

Menariknya, jalan cerita kolaborasi ini juga akan menjadi sambungan rasmi kepada kisah Lucy selepas berakhirnya anime tersebut. Bagi peminat Edgerunners, ini mungkin antara kolaborasi terbesar Wuthering Waves setakat ini.

Source: @theouterhaven